Thursday 25 August 2011

sponsor



perjalanan kami ini
mungkin tidak akan berjaya
jika tiada sumbangan penaja
terdapan beberapa pihak yg telah menaja
kumpulan kami ini
jutaan terima kasih
kami ucapakan kepada semua yg telah menaja kami
sama ada penajaan utk kumpulan
mahupun individu dlm kumpulan
jasa baik pihak penaja akan kami kenang

antara pihak-pihak yg telah bermurah hati
untuk memberi tajaan kepada kami ialah :

1) Dr. Mohd Zaidi Bin Abd Rozan
(Herbalife Independent Distribtor)




2) Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)

3) Bajunaid
4) Kledang Kuari Sdn. Bhd

5) Belkron Sdn. Bhd



6) Mazlan Jaaffar Architecture

7) ThowJo Brickwrks Sdn Bhd




dan tidak lupa juga kepada UTM
yang telah memberikan kami peluang
untuk menjayakan program ini
dan turut membantu kami
dengan memberikan RM1000 utk setiap ahli
sebanyak telah mengurangkan bebanan kos utk setiap ahli

TERIMA KASIH DARI KAMI

New Zealand ----> Day 11




26/7/2011
Christchurch 
Malaysia

Kami bangun pada jam 6.30 pagi
 utk memulakan aktiviti kami yg seterusnya.
 Setelah siap mengemas semua barangan,
 kami check-out penginapan pada jam 9.45 pagi 
dan singgah di Dress Mart
 utk membeli-belah
 sebelum berangkat ke lapangan terbang 
pada jam 12 tengahari.

Sesampai di lapangan terbang pada jam 12.30 tghari,
 En.Iskandar dan ramzi
 pergi Memulangkan kenderaan sewa
 di Juicy Rental.
 Kami masukkan bagasi ke dalam kargo
 pada jam 1.30 petang 
dan bergambar di lapangan terbang
 sebelum masuk ke dalam flight cabin. 
Flight kami tertunda selama sejam 
oleh kerana masalah teknikal 
yg dihadapi oleh pihak pengurusan 
dan flight kami berlepas pada jam 4.30 petang.
 Kami selamat sampai di LCCT 
pada jam 11 malam waktu Malaysia
 dan bergerak pulang kt UTM
 pada jam 12.30 pagi menaiki bus UTM.



New Zealand ----> Day 10

25/7/2011
Dunedin
Christchurch 

Kami bangun pada jam 6.30 pagi
 utk memulakan aktiviti kami seterusnya
dan check-out penginapan pada jam 8.10 pagi.

 Kami berkumpul dan mencari restoran 
utk sarapan pagi.
 En.Iskandar, kak zura, ummu dan syed sarapan di mcD
 manakala yg lain sarapan di Paasha Turkish Kebab 
yang terletak di George Street 
dan berkumpul semula di hadapan
 On Top Backpackers pada jam 9.30 pagi.

 Seterusnya kami memulakan lawatan 
ke perpustakaan Universiti Otago 
dan makmal pelajar Phd sains computer.
 Kami terpaksa membatalkan lawatan kami
 ke Universiti Lincoln 
kerana hampir kesemua jalan keluar 
dari Bandar Dunedin
 telah ditutup akibat salji lebat yg turun pada malam td.

Kami meneruskan lawatan kami ke Cadbury World Factory
 pula pada jam 11.35 pagi 
setelah selesai lawatan di Universiti 
utk membeli coklat.

 Sementara menunggu keadaan jalan pulih,
 kami berjalan-jalan di sekitar Bandar Dunedin 
dan pergi ke rumah pelajar Malaysia Universiti Otago
 utk memberi makanan yg kami bawa. 
Kami juga sempat menyemak
 mengenaai keadaan jalan ke Christchurch.
 Pada jam 4.35 petang
 kami mulakan perjalanan pulang ke Christchurch
 setelah yakin jalan sudah di buka.

 Alhamdulillah, 
kami selamat sampai di destinasi
 tanpa mengalami sebarang masalah
 pada jam 11 malam
 dan check-in penginapan di tranquil Lodge

New Zealand ----> Day 9




24/7/2011
Dunedin


Seawal jam 6.15 pagi 
kami telah bangun utk mulakan aktiviti kami 
dan bersarapan pagi di mc Donald.
 Setelah bersarapan, 
kami menunggu ketibaan
 pelajar Malaysia dr Universiti Otago
 utk membawa kami berjalan
 di sekitar Bandar Dunedin
 dan melawat kawasan Universiti.


Perjalanan kami bermula 
pada jam 9.45 pagi 
dengan  melawat stesen keretapi Dunedin dahulu.
 Setelah puas melawat dan bergambar di sana,
 kami melawat museum Otago pula.
 Terdapat perbagai jenis pameran
 mengenai asal usul rakyat new Zealand 
dan ada juga pameran mengenai
 pasukan rugby new Zealand
 iaitu pasukan All Black.


Kami meneruskan lawatan 
ke sekitar Universiti Otago
 pula selepas selesai solat berjemaah 
di Masjid Otago pada jam 1 petang
 dan makan tengahari di Goerge Street.

 Semasa lawatan kami di Universiti Otago, 
salji turun dengan lebatnya. 
Setelah selesai makan tengahari, 
pada jam 3.45 petang
 kami mulakan lawatan ke Cadbury world pula. 
Hanya fiza,fadilah, ramzi, hamidah dan syafiq sahaja
 yg ke Cadbury world,
 manakala ahli yg lain berjalan disekitar Bandar Dunedin
 dan pulang ke penginapan pada jam 4.30 petang.

Seterusnya kami mempunyai aktiviti
 bersama-sama pelajar Malaysia Universiti Otago
 pada jam 5.40 petang.
 Aktiviti santai ini membolehkan kami 
masing-masing bertukar-tukar cerita 
dan pendapat antara kami dengan mereka.
 Kami meneruskan perbincangan kami 
bersama pelajar Phd sains computer pula
 di perpustakaan Universiti Otago pada jam 8.15 malam 
dan pulang ke penginapan kami pada jam 10.30 malam.
banyak ilmu dan pengalaman yg telah kami dapat
dalam diskusi ini
secara tidak langsung merapatkan
hubungan silaturrahim antara kami.

Wednesday 24 August 2011

New Zealand ----> Day 8

23/7/2011
Te Anau
Milford Sound
Dunedin

Jam 6. pagi,
 kami mula menyiapkan diri 
untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancangkan.
 Pada jam 7.15 pagi kami ‘check out’ 
dari pusat penginapan
 dan memulakan perjalanan ke Milford Sound.

 Kami tiba di Milford Sound 
pada jam 9.30 pagi.
sepanjang perjalanan kami disajikan
dengan pemandangan yg cukup cantik
iaitu pergunungan bersalji
kami cukup kagum dengan ciptaan tuhan
dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan
pengalaman kami de sepanjang perjalanan.




 Selesai membeli tiket sekitar jam 9.50 pagi, 
kami menaiki cruise
 dan memulakan perjalanan untuk melihat pemandangan 
di sepanjang perjalanan tersebut.
 Aktiviti Kami selesai pada jam 11 pagi 
dan kami berjalan - jalan di sekitar Milford Sound 
sehinggalah jam 2.05 petang 
untuk menyambung perjalanan ke Te Anau. 
Setibanya di sana pada jam 3petang,
 kami berhenti untuk rehat, solat 
dan membeli barangan makanan di pasaraya First Choice.





Pada jam 4 petang
 kami memulakan perjalanan ke Dunedin 
dan tiba di sana pada jam 8.30 malam.
 Kami ‘check in’ di On Top Backpackers.
 Selesai menyiapkan diri,
 kami makan malam di Angus Burgh
dan meneruskan aktiviti 
berjumpa dengan pelajar dari Universiti Otago. 
Pada jam 11.15 malam,
 kami memulakan perjalanan pulang
 ke tempat penginapan.

New Zealand ----> Day 7




22/7/2011
Queenstown
Te Anau


Jam 6.50 pagi, 
kami mula menyiapkan diri
 untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancangkan.
 Pada jam 8.30pagi
 kami menikmati sarapan yang telah disediakan.


Pada jam 9.50 pagi,
kami telah ‘check out’ dari tempat penginapan.
 Setelah selesai kesemua prosedur,
 kami bersiar – siar di Bandar Queenstown 
bermula jam 10.10 pagi.
 Setelah selesai,
 jam 12.10 tengahari kami memulakan perjalanan kami
 ke Te Anau.
 Untuk tiba di Fiordland National Park, Te Anau, 
perjalanan mengambil masa 3 jam 20 minit.
 Kami tiba di sana pada jam 3.30 petang. 
Kami terus menikmati makan tengahari dan solat.
 Jam 4.25 petang
 kami memulakan perjalanan ke Bandar Te Anau.
 Setibanya kami di sana pada jam 5.40 petang,
 kami ‘check in’ di Te Anau Lakeview Holiday Park
 dan masak utk makan malam.
 Tiada aktiviti yg kami dijalankan disini
hanya untuk persinggahan
dan berehat.






New Zealand ----> Day 6



21/7/2011
Queenstown
Wanaka

Jam 6.50 pagi, 
kami mula menyiapkan diri 
untuk meneruskan aktiviti
 seperti yang dirancangkan.
 Pada jam 7.00pagi 
kami menikmati sarapan yang telah disediakan. 

Perjalanan untuk ke destinasi pertama kami 
pada hari ini dimulakan pada jam 8.30 pagi.
 Kami akan ke Wanaka
 untuk aktiviti ski di Snow Park
 dan aktiviti ‘snow tubing’ di Snow Farm.

 Jam 8.40 kami mengisi minyak
 di stesen minyak Shell di Queenstown 
dan meneruskan perjalan.
 Kami tiba di Snow Park pada jam 11pagi.
Untuk aktiviti ski di Snow Park, 
Cuma Ramzi, Fadhilah dan Syafiq yang terlibat
 manakala ahli-ahli kumpulan yang lain
 melakukankan aktiviti ‘snow tubing’ di Snow Farm.
 Jam 11.50 pagi,
 bagi mereka yang akan menjalankan aktiviti ‘snow tubing’, 
kami bergerak ke Snow Farm
 yang terletak bersebelahan dengan Snow Park.
 Setelah selesai aktiviti di sini,
 kami berkumpul semula di Snow Park
 pada jam 2.40 petang.
 Jam 3.15petang kami memulakan perjalanan pulang
 ke Queenstown.





Kami tiba di tempat penginapan
 pada jam 4.15 petang 
dan menjalankan aktiviti bebas. 
Pada jam 7malam, 
makan malam disediakan. 
Selesai makan malam pada jam 8.30 malam,
 kami berjalan – jalan disekitar Bandar Queenstown 
sehingga jam 11 malam dan pulang di tempat penginapan.


New Zealand ----> Day 5




20/7/2011
Queenstown

Jam 6.50 pagi, 
kami mula menyiapkan diri
 untuk meneruskan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. 
Pada jam 7.30pagi
 kami menikmati sarapan yang telah disediakan.
 Setelah semua urusan selesai,
 kami meneruskan perjalan
 untuk memulakan aktiviti gondola 
di Skyline Queenstown.

Dalam aktiviti ini,
 3 ahli tidak mengambil bahagian
 iaitu Ramzi, Sabihah dan Azri
 kerana dan mereka membuat aktiviti bebas.
 Jam 10 pagi,
 kami telah selamat sampai
 ke destinasi yang dituju
 iaitu
 Skyline Queenstown.




Aktiviti kami di sini ialah
 menaiki gondola dan luge di atas gunung. 
Aktiviti ini selesai pada jam 11.30 pagi.
 Selepas itu,
 kami menghabiskan masa di kedai cenderamata
 yang terdapat di atas bukit kawasan Skyline.
 Kami pulang ke tempat penginapan 
pada jam 12.30 tengahari
 untuk memulakan persiapan untuk makan tengahari. 
Makan tengahari kami bermula jam 2 petang.

Selesai menjamu selera,
 pada jam 2.40 petang,
 kami meneruskan perjalanan
 untuk memulakan aktiviti di Kiwi Bird Life Park
 yang terletak bertentangan dengan Skyline.
 Tibanya kami di sana ialah pada jam 3 petang,
 kami diberikan penerangan tentang haiwan – haiwan eksotik
 yang terdapat di Kiwi Bird Life Park.
 Kami diberi peluang untuk melihat haiwan
 yang ada dengan lebih dekat 
serta melihat sesi memberi makanan
 untuk burung Kiwi.
 Aktiviti kami di sini selesai pada jam 5 petang.
 Kami juga berkesempatan untuk bergambar 
di sekitar kawasan Kiwi Bird Life Park.



 Setelah semuanya selesai,
 kami memulakan perjalanan untuk ke tempat penginapan.
 Setibanya kami di tempat penginapan,
 aktiviti untuk menyiapkan makan malam dijalankan. 
Selesai sudah semua itu, 
pada jam 8.30 malam kami bersiar – siar 
di sekitar Bandar Queenstown 
dan membeli cenderamata.


Pada jam 10.45 malam, 
kami pulang ke tempat penginapan
 dan bermesyuarat 
tentang aktiviti yang akan dilakukan 
pada esok hari.
 Mesyuarat ini mengambil masa 40 minit.
 Setelah kami mendapat kata putus,
 kami pulang ke tempat penginapan dan tidur.

Friday 19 August 2011

New Zealand ----> Day 4



19/7/2011
Lake Tekapo
Wanaka
Queenstown

Kami bangun tidur pada jam 6.30 pagi
 utk siapkan diri utk solat,
 sarapan dan check-out penginapan
 pada jam 7.55 pagi. 
Sebelum kami meneruskan perjalanan kami,
 kami sempat bergambar
 di sekitar tasik Lake Tekapo dahulu.

Kami berhenti di stesen minyak
 yg berhampiran utk isi mnyk,
 beli sim kad new Zealand dan sedikit makanan (individu) 
jam 8.35 pagi dan meneruskan perjalanan 
ke Wanaka pada jam 9.20 pagi. 
Di perjalanan, kami sempat berhenti sebentar 
di Wrinkly Rams pada jam 10 pagi 
utk melihat kambing biri-biri,
 beli cederamata 
dan meneruskan perjalanan semula
 pada jam 10.30 pagi.



 Aktiviti kami seterusnya ialah
 mencuba gread maze 
di Puzzeling World Wanaka 
dan kami selamat sampai di destinasi 
pada jam 12.05 tengahari. 
Setelah selesai aktiviti di Puzzeling World


 pada jam 2.30 petang,
 kami meneruskan perjalanan kami 
utk aktiviti seterusnya melawat Toy Museum
 dan sampai pada jam 2.50 petang
. Jarak antara Toy Museum dengan Puzzeling World 
tidak terlalu jauh 
dan masih berada di dalam daerah yg sama
 iaitu Wanaka.
 Kami dapat melihat 
pelbagai jenis mainan 
yg tersimpan di sini 
dan terdapat juga pelbagai jenis kenderaan 
yg unik yg di tempatkan di sini.


Setelah selesai aktiviti di sini,
 kami meneruskan perjalanan kami 
ke Bandar Queenstown pada jam 5.50 petang. 
Sesampainya kami di Bandar Queenstown
 pada jam 6.30 petang,
 kami berjalan mencari restoran halal utk makan malam.
 Kami semua bersepakat 
utk makan di restoran Indian Cuisine.

 Setelah selesai makan
 kami check-in penginapan di Southern Laughter Lodge 
dan berehat

New Zealand ----> Day 3



18/7/2011
Christchurch
Lake Tekapo

 Pada jam 12.15 pagi 
waktu new Zealand,
 kami selesai semua urusan chack-out flight
 dan ambil bagasi.
 Proses check-out kami makan masa yg lama sedikit
 kerana kami perlu ishtiharkan
 semua makanan yg kami bawa dari Malaysia
 dan syukur kerana tiada masalah
 yg dihadapi semasa chack-out
 dan semua makanan yg kami dibawa
 tidak mempunya apa-apa masalah.

 Memandangkan kami akan memandu sendiri 
sepanjang perjalanan kami di new Zealand,
 kami telah menempah 2 buah kereta sewa
 dan En.Iskandar, Ramzi, Azri, Syed 
berjalan kaki ke juicy rental 
yg berdekatan dengan lapangan terbang 
utk mengambil kereta sewa
 yg telah kami tempah
 sebelum kami bertolak ke new Zealand
 manakala yg lain menunggu di lapangan terbang 
bersama bagasi. 

Setelah kereta telah di ambil 
dan dibawa ke lapangan terbang
 utk menjemput kami yg menunggu, 
kami meneruskan perjalanan
 utk mencari tempat penginapan 
yg telah kami tempah
 di Tranquil Lodge Backpackers
pada jam 1.15 pagi

 Kami selamat sampai di tempat penginapan
 pada jam 2.15 pagi 
setelah sesat mencari jalan dan bertanya lokasi
 penginapan kami di stesen shell.


 Semasa kami sedang sibuk mengemaskan diri,
 kami ada merasakan sedikit gegaran gempa 
yg tidak membimbangkan.
Seawal jam 6.15 pagi
 kami telah bangun utk bersiap utk solat subuh
. Ahli kumpulan yg perempuan
 di minta utk tolong menyediakan sarapan pagi
 utk kesemua ahli kumpulan yg lain.
 Pada pagi itu kami makan sandwich utk sarapan 
menggunakan bekalan makanan
 yg kami bawa dari Malaysia
 serta tidak lupa utk minum shake herbalife
 yg ditaja oleh Dr.Zaidi.
 setelah siap bersarapan,
 kami selesaikan urusan check-out penginapan
 dan bergambar bersama Robert,
 iaitu tuan punya penginapan dahulu 
sebelum meneruskan perjalanan kami
 ke Lake Tekapo
 seperti yg telah kami rancangkan.



Tepat jam 8.40 pagi 
kami memulakan perjalanan kami.
 Sepanjang perjalanan,
 terdapat banyak pemandangan cantik 
yg kami lihat
 dan kami ada berhenti di beberapa kawasan
 di tepi bahu jalan utk mengambil gambar. 
Perjalanan mengambil masa yg agak panjang
 kerana jarak perjalanan yg agk jauh, 
dan kami tiba di Mt Cook National Visitor Center  
pada jam 2.20 petang. 
Kesempatan ini kami gunakan
 utk menikmati pemandangan,
 bergambar dan bermain salji.





 Pada jam 3 petang kami meneruskan
 perjalanan ke The Hermitage pula 
dan sampai pada jam 3.30 petang.
 Kami tidak melakukan apa-apa aktiviti di sana
 seperti yg dirancangkan kerana
 kami telah lewat sampai di destinasi kami itu.
 Oleh itu kami hanya berjalan-jalan 
di sekitar kawasan sahaja sehingga jam 5.30 petang 
dan kami memulakan perjalanan 
ke Lake Tekapo.

Pada jam 6.30 petang, 
kami check-in penginapan kami 
di Lake Tekapo Scinic Resort
dan makan malam pada jam 7.10 malam
 di Lake Tekapo Tavern Bistro.
 Hamper kesemua ahli memesan menu yg sama
 iaitu “Fish n Chips” dengan harga $8.50.

Setelah selesai makan malam,
 kami pulang ke penginapan 
dan bersiap utk aktiviti kami yg seterusnya 
iaitu Starlight Tour.
 Pada jam 8.40 malam 
kami berkumpul di tempat letak kereta
 kawasan penginapan kami 
dan memulakan aktiviti kami utk melihat bintang.
 Aktiviti kami tamat pada jam 10.50 malam 
dan kami terus pulang ke penginapan
 utk berehat dan tidur.


New Zealand ----> Day 2



17/7/2011
UTM Skudai, Johor
Christchurch 

Tepat pada jam 12.05 pagi 
bus kami bertolak dari UTM ke LCCT. 
Kami seramai 11 orang kesemuanya pada pagi itu 
manakala En.Iskandar dan kak Zuhra
 sudah sampai terlebih dahulu dari kami 
dan menunggu kami di kuala lumpur. 

Pada jam 5.15 pagi 
kami telah selamat sampai di LCCT 
dan berkumpul di café
 sementara menunggu waktu subuh 
dan solat terlebih dahulu.

 Apabila kesemuanya telah selesai,
 pada jam 7 pagi 
kami bertemu dengan En.Iskandar dan kak Zuhra 
dan meneruskan perjalanan kami
 utk check-in flight dan drop-off bagasi kami
 di kaunter utk di bawa masuk ke dalam kargo. 
Setelah selesai semua urusan di kaunter, 
pada jam 8 pagi kami bergerak masuk ke dalam flight cabin
 dan menunggu masa utk berangkat
 ke cristchurch.

 Setelah hapir 11 jam 
penerbangan kami menerusi Air Asia X,
 kami telah selamat sampai 
di lapangan terbang 
Cristchurch new Zealand 
pada jam 11 malam waktu new Zealand 
dan kami dimaklumkan
suhu di new Zealand ketika itu ialah 11°c.
 kami  terus ke kaunter utk urusan check-out 
dan mengambil bagasi masing-masing.