Thursday 25 August 2011

New Zealand ----> Day 9




24/7/2011
Dunedin


Seawal jam 6.15 pagi 
kami telah bangun utk mulakan aktiviti kami 
dan bersarapan pagi di mc Donald.
 Setelah bersarapan, 
kami menunggu ketibaan
 pelajar Malaysia dr Universiti Otago
 utk membawa kami berjalan
 di sekitar Bandar Dunedin
 dan melawat kawasan Universiti.


Perjalanan kami bermula 
pada jam 9.45 pagi 
dengan  melawat stesen keretapi Dunedin dahulu.
 Setelah puas melawat dan bergambar di sana,
 kami melawat museum Otago pula.
 Terdapat perbagai jenis pameran
 mengenai asal usul rakyat new Zealand 
dan ada juga pameran mengenai
 pasukan rugby new Zealand
 iaitu pasukan All Black.


Kami meneruskan lawatan 
ke sekitar Universiti Otago
 pula selepas selesai solat berjemaah 
di Masjid Otago pada jam 1 petang
 dan makan tengahari di Goerge Street.

 Semasa lawatan kami di Universiti Otago, 
salji turun dengan lebatnya. 
Setelah selesai makan tengahari, 
pada jam 3.45 petang
 kami mulakan lawatan ke Cadbury world pula. 
Hanya fiza,fadilah, ramzi, hamidah dan syafiq sahaja
 yg ke Cadbury world,
 manakala ahli yg lain berjalan disekitar Bandar Dunedin
 dan pulang ke penginapan pada jam 4.30 petang.

Seterusnya kami mempunyai aktiviti
 bersama-sama pelajar Malaysia Universiti Otago
 pada jam 5.40 petang.
 Aktiviti santai ini membolehkan kami 
masing-masing bertukar-tukar cerita 
dan pendapat antara kami dengan mereka.
 Kami meneruskan perbincangan kami 
bersama pelajar Phd sains computer pula
 di perpustakaan Universiti Otago pada jam 8.15 malam 
dan pulang ke penginapan kami pada jam 10.30 malam.
banyak ilmu dan pengalaman yg telah kami dapat
dalam diskusi ini
secara tidak langsung merapatkan
hubungan silaturrahim antara kami.

No comments:

Post a Comment