Thursday 25 August 2011

New Zealand ----> Day 10

25/7/2011
Dunedin
Christchurch 

Kami bangun pada jam 6.30 pagi
 utk memulakan aktiviti kami seterusnya
dan check-out penginapan pada jam 8.10 pagi.

 Kami berkumpul dan mencari restoran 
utk sarapan pagi.
 En.Iskandar, kak zura, ummu dan syed sarapan di mcD
 manakala yg lain sarapan di Paasha Turkish Kebab 
yang terletak di George Street 
dan berkumpul semula di hadapan
 On Top Backpackers pada jam 9.30 pagi.

 Seterusnya kami memulakan lawatan 
ke perpustakaan Universiti Otago 
dan makmal pelajar Phd sains computer.
 Kami terpaksa membatalkan lawatan kami
 ke Universiti Lincoln 
kerana hampir kesemua jalan keluar 
dari Bandar Dunedin
 telah ditutup akibat salji lebat yg turun pada malam td.

Kami meneruskan lawatan kami ke Cadbury World Factory
 pula pada jam 11.35 pagi 
setelah selesai lawatan di Universiti 
utk membeli coklat.

 Sementara menunggu keadaan jalan pulih,
 kami berjalan-jalan di sekitar Bandar Dunedin 
dan pergi ke rumah pelajar Malaysia Universiti Otago
 utk memberi makanan yg kami bawa. 
Kami juga sempat menyemak
 mengenaai keadaan jalan ke Christchurch.
 Pada jam 4.35 petang
 kami mulakan perjalanan pulang ke Christchurch
 setelah yakin jalan sudah di buka.

 Alhamdulillah, 
kami selamat sampai di destinasi
 tanpa mengalami sebarang masalah
 pada jam 11 malam
 dan check-in penginapan di tranquil Lodge

No comments:

Post a Comment