Wednesday 24 August 2011

New Zealand ----> Day 6



21/7/2011
Queenstown
Wanaka

Jam 6.50 pagi, 
kami mula menyiapkan diri 
untuk meneruskan aktiviti
 seperti yang dirancangkan.
 Pada jam 7.00pagi 
kami menikmati sarapan yang telah disediakan. 

Perjalanan untuk ke destinasi pertama kami 
pada hari ini dimulakan pada jam 8.30 pagi.
 Kami akan ke Wanaka
 untuk aktiviti ski di Snow Park
 dan aktiviti ‘snow tubing’ di Snow Farm.

 Jam 8.40 kami mengisi minyak
 di stesen minyak Shell di Queenstown 
dan meneruskan perjalan.
 Kami tiba di Snow Park pada jam 11pagi.
Untuk aktiviti ski di Snow Park, 
Cuma Ramzi, Fadhilah dan Syafiq yang terlibat
 manakala ahli-ahli kumpulan yang lain
 melakukankan aktiviti ‘snow tubing’ di Snow Farm.
 Jam 11.50 pagi,
 bagi mereka yang akan menjalankan aktiviti ‘snow tubing’, 
kami bergerak ke Snow Farm
 yang terletak bersebelahan dengan Snow Park.
 Setelah selesai aktiviti di sini,
 kami berkumpul semula di Snow Park
 pada jam 2.40 petang.
 Jam 3.15petang kami memulakan perjalanan pulang
 ke Queenstown.





Kami tiba di tempat penginapan
 pada jam 4.15 petang 
dan menjalankan aktiviti bebas. 
Pada jam 7malam, 
makan malam disediakan. 
Selesai makan malam pada jam 8.30 malam,
 kami berjalan – jalan disekitar Bandar Queenstown 
sehingga jam 11 malam dan pulang di tempat penginapan.


No comments:

Post a Comment