Friday 19 August 2011

New Zealand ----> Day 4



19/7/2011
Lake Tekapo
Wanaka
Queenstown

Kami bangun tidur pada jam 6.30 pagi
 utk siapkan diri utk solat,
 sarapan dan check-out penginapan
 pada jam 7.55 pagi. 
Sebelum kami meneruskan perjalanan kami,
 kami sempat bergambar
 di sekitar tasik Lake Tekapo dahulu.

Kami berhenti di stesen minyak
 yg berhampiran utk isi mnyk,
 beli sim kad new Zealand dan sedikit makanan (individu) 
jam 8.35 pagi dan meneruskan perjalanan 
ke Wanaka pada jam 9.20 pagi. 
Di perjalanan, kami sempat berhenti sebentar 
di Wrinkly Rams pada jam 10 pagi 
utk melihat kambing biri-biri,
 beli cederamata 
dan meneruskan perjalanan semula
 pada jam 10.30 pagi.



 Aktiviti kami seterusnya ialah
 mencuba gread maze 
di Puzzeling World Wanaka 
dan kami selamat sampai di destinasi 
pada jam 12.05 tengahari. 
Setelah selesai aktiviti di Puzzeling World


 pada jam 2.30 petang,
 kami meneruskan perjalanan kami 
utk aktiviti seterusnya melawat Toy Museum
 dan sampai pada jam 2.50 petang
. Jarak antara Toy Museum dengan Puzzeling World 
tidak terlalu jauh 
dan masih berada di dalam daerah yg sama
 iaitu Wanaka.
 Kami dapat melihat 
pelbagai jenis mainan 
yg tersimpan di sini 
dan terdapat juga pelbagai jenis kenderaan 
yg unik yg di tempatkan di sini.


Setelah selesai aktiviti di sini,
 kami meneruskan perjalanan kami 
ke Bandar Queenstown pada jam 5.50 petang. 
Sesampainya kami di Bandar Queenstown
 pada jam 6.30 petang,
 kami berjalan mencari restoran halal utk makan malam.
 Kami semua bersepakat 
utk makan di restoran Indian Cuisine.

 Setelah selesai makan
 kami check-in penginapan di Southern Laughter Lodge 
dan berehat

No comments:

Post a Comment