Friday 19 August 2011

New Zealand ----> Day 3



18/7/2011
Christchurch
Lake Tekapo

 Pada jam 12.15 pagi 
waktu new Zealand,
 kami selesai semua urusan chack-out flight
 dan ambil bagasi.
 Proses check-out kami makan masa yg lama sedikit
 kerana kami perlu ishtiharkan
 semua makanan yg kami bawa dari Malaysia
 dan syukur kerana tiada masalah
 yg dihadapi semasa chack-out
 dan semua makanan yg kami dibawa
 tidak mempunya apa-apa masalah.

 Memandangkan kami akan memandu sendiri 
sepanjang perjalanan kami di new Zealand,
 kami telah menempah 2 buah kereta sewa
 dan En.Iskandar, Ramzi, Azri, Syed 
berjalan kaki ke juicy rental 
yg berdekatan dengan lapangan terbang 
utk mengambil kereta sewa
 yg telah kami tempah
 sebelum kami bertolak ke new Zealand
 manakala yg lain menunggu di lapangan terbang 
bersama bagasi. 

Setelah kereta telah di ambil 
dan dibawa ke lapangan terbang
 utk menjemput kami yg menunggu, 
kami meneruskan perjalanan
 utk mencari tempat penginapan 
yg telah kami tempah
 di Tranquil Lodge Backpackers
pada jam 1.15 pagi

 Kami selamat sampai di tempat penginapan
 pada jam 2.15 pagi 
setelah sesat mencari jalan dan bertanya lokasi
 penginapan kami di stesen shell.


 Semasa kami sedang sibuk mengemaskan diri,
 kami ada merasakan sedikit gegaran gempa 
yg tidak membimbangkan.
Seawal jam 6.15 pagi
 kami telah bangun utk bersiap utk solat subuh
. Ahli kumpulan yg perempuan
 di minta utk tolong menyediakan sarapan pagi
 utk kesemua ahli kumpulan yg lain.
 Pada pagi itu kami makan sandwich utk sarapan 
menggunakan bekalan makanan
 yg kami bawa dari Malaysia
 serta tidak lupa utk minum shake herbalife
 yg ditaja oleh Dr.Zaidi.
 setelah siap bersarapan,
 kami selesaikan urusan check-out penginapan
 dan bergambar bersama Robert,
 iaitu tuan punya penginapan dahulu 
sebelum meneruskan perjalanan kami
 ke Lake Tekapo
 seperti yg telah kami rancangkan.



Tepat jam 8.40 pagi 
kami memulakan perjalanan kami.
 Sepanjang perjalanan,
 terdapat banyak pemandangan cantik 
yg kami lihat
 dan kami ada berhenti di beberapa kawasan
 di tepi bahu jalan utk mengambil gambar. 
Perjalanan mengambil masa yg agak panjang
 kerana jarak perjalanan yg agk jauh, 
dan kami tiba di Mt Cook National Visitor Center  
pada jam 2.20 petang. 
Kesempatan ini kami gunakan
 utk menikmati pemandangan,
 bergambar dan bermain salji.





 Pada jam 3 petang kami meneruskan
 perjalanan ke The Hermitage pula 
dan sampai pada jam 3.30 petang.
 Kami tidak melakukan apa-apa aktiviti di sana
 seperti yg dirancangkan kerana
 kami telah lewat sampai di destinasi kami itu.
 Oleh itu kami hanya berjalan-jalan 
di sekitar kawasan sahaja sehingga jam 5.30 petang 
dan kami memulakan perjalanan 
ke Lake Tekapo.

Pada jam 6.30 petang, 
kami check-in penginapan kami 
di Lake Tekapo Scinic Resort
dan makan malam pada jam 7.10 malam
 di Lake Tekapo Tavern Bistro.
 Hamper kesemua ahli memesan menu yg sama
 iaitu “Fish n Chips” dengan harga $8.50.

Setelah selesai makan malam,
 kami pulang ke penginapan 
dan bersiap utk aktiviti kami yg seterusnya 
iaitu Starlight Tour.
 Pada jam 8.40 malam 
kami berkumpul di tempat letak kereta
 kawasan penginapan kami 
dan memulakan aktiviti kami utk melihat bintang.
 Aktiviti kami tamat pada jam 10.50 malam 
dan kami terus pulang ke penginapan
 utk berehat dan tidur.


No comments:

Post a Comment