Wednesday 24 August 2011

New Zealand ----> Day 5




20/7/2011
Queenstown

Jam 6.50 pagi, 
kami mula menyiapkan diri
 untuk meneruskan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. 
Pada jam 7.30pagi
 kami menikmati sarapan yang telah disediakan.
 Setelah semua urusan selesai,
 kami meneruskan perjalan
 untuk memulakan aktiviti gondola 
di Skyline Queenstown.

Dalam aktiviti ini,
 3 ahli tidak mengambil bahagian
 iaitu Ramzi, Sabihah dan Azri
 kerana dan mereka membuat aktiviti bebas.
 Jam 10 pagi,
 kami telah selamat sampai
 ke destinasi yang dituju
 iaitu
 Skyline Queenstown.




Aktiviti kami di sini ialah
 menaiki gondola dan luge di atas gunung. 
Aktiviti ini selesai pada jam 11.30 pagi.
 Selepas itu,
 kami menghabiskan masa di kedai cenderamata
 yang terdapat di atas bukit kawasan Skyline.
 Kami pulang ke tempat penginapan 
pada jam 12.30 tengahari
 untuk memulakan persiapan untuk makan tengahari. 
Makan tengahari kami bermula jam 2 petang.

Selesai menjamu selera,
 pada jam 2.40 petang,
 kami meneruskan perjalanan
 untuk memulakan aktiviti di Kiwi Bird Life Park
 yang terletak bertentangan dengan Skyline.
 Tibanya kami di sana ialah pada jam 3 petang,
 kami diberikan penerangan tentang haiwan – haiwan eksotik
 yang terdapat di Kiwi Bird Life Park.
 Kami diberi peluang untuk melihat haiwan
 yang ada dengan lebih dekat 
serta melihat sesi memberi makanan
 untuk burung Kiwi.
 Aktiviti kami di sini selesai pada jam 5 petang.
 Kami juga berkesempatan untuk bergambar 
di sekitar kawasan Kiwi Bird Life Park.



 Setelah semuanya selesai,
 kami memulakan perjalanan untuk ke tempat penginapan.
 Setibanya kami di tempat penginapan,
 aktiviti untuk menyiapkan makan malam dijalankan. 
Selesai sudah semua itu, 
pada jam 8.30 malam kami bersiar – siar 
di sekitar Bandar Queenstown 
dan membeli cenderamata.


Pada jam 10.45 malam, 
kami pulang ke tempat penginapan
 dan bermesyuarat 
tentang aktiviti yang akan dilakukan 
pada esok hari.
 Mesyuarat ini mengambil masa 40 minit.
 Setelah kami mendapat kata putus,
 kami pulang ke tempat penginapan dan tidur.

No comments:

Post a Comment